Monday 3 July 2017



RAHSIA TURUN 7 KG SEMINGGU, YANG PENTING KULIT TAK MENGGELEBEH!



PELAN PEMAKANAN GDM
⧬ Hari pertama 
↣ anda hanya boleh makan buah sahaja. Makanlah sebanyak mana buah yang anda suka. Cuma jangan makan buah pisang. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
⧬ Hari Kedua 
↣ Makan sayur-sayuran sahaja. Boleh makan sayuran mentah seperti tomato, salad dan timun atau sayur yang dimasak. Anda juga boleh makan kentang pada waktu pagi. Minum air 2 liter sehari.
⧬Hari ketiga 
↣ anda makan kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi jangan makan buah pisang ye. Minum air 2 liter sehari.

⧬ Hari Keempat 
↣ Anda perlu makan buah pisang dan susu rendah lemak. Jangan makan pisang melebihi 8 biji. Boleh juga makan sup kosong. Minum air 2 liter sehari.
⧬ Hari Kelima 
↣ Makan protein seperti ayam dan daging bersama tomato dan sup. Minum air 2 liter sehari.
⧬ Hari Keenam 
↣ Makan protein (ayam, daging dan sebagainya) dan menu berasas vege atau sayur-sayuran. Digalakkan makan menu protein yang direbus atau dibakar bukannya digoreng. Minum air 2 liter sehari.
⧬ Hari Ketujuh 
↣ Hari terakhir, makan kombinasi buah dan sayur. Anda juga boleh makan beras perang. Tapi hari ketujuh jangan makan protein. Minum air 2 liter sehari.
Tip
-Ulangi diet ini sehingga berat anda turun.Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.Info: Hiking pun bantu tubuh fit dan anjal
COLLAPASE: FACEBOOK

Monday 22 February 2016

CINTA KERANA ALLAH

Takdir kadang-kadang..... 
Mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang
Memberi apa yang tidak dirancang
Memaksa kita mengalirkan airmata kesedihan 
serta membuatkan kita rasa kehilangan
Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan
Menyulam erti kasih sayang
Menanam erti persahabatan
Menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan
Menyemai benih keakraban
serta memberi peluang menilai
siapa SAHABAT siapa KAWAN
dan siapa sekadar KENALAN
yang mengisi ruang dalam episod kehidupan kita....
Kadang-kadang Allah swt hantar orang baik dekat kita, sebab kita tak cukup baik......dan kadang-kadang Allah swt tarik mereka semua, sebab Allah swt nak lihat; kita ni jadi baik sebab Allah swt ....atau sebab manusia.....

Ingat.....
Ukhuwwah itu indah jika ianya kerana Allah swt....
insya Allah.
“Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan setelah aku mati. Kuhulurkan tanganku kepada sahabatku untuk bersamaku kerana aku merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia kepadanya.”

Persahabatan Itu Seperti Tangan Dengan Mata. Saat Terluka Mata Menangis, Saat Mata Menangis Tangan Menghapusnya.
(Imam Shafie)

Menjawab Kiriman Salam

بسم الله الرحمن الرحيم

روي في صحيح مسلم، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوْا، وَلاَ 
تُؤْمِنُوْا حَتَّى تَحَابُّوْا، أَوَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ ؟ أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ.

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim, dari Abu Hurairah (RA), bersabda Rasulullah (SAW): "Tidak akan kalian masuk syurga sehingga kalian beriman, dan tidak beriman kalian sehingga kalian saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kepada kalian saru hal yang jika kalian melakukannya nescaya akan saling mencintai? Sebarkan dalam di antara kalian."

"As-salamu alaikum"
Kata salam seperti ini adalah hal yang sering kita dengar dalam kehidupan sebagai seorang Muslim. Ya, dalam merupakan salah satu bentuk syiar dalam Islam dan merupakan Sunah yang sangat digalakkan (muakkad). Dan keutamaan dari salam ini sangat banyak disebutkan Baginda Rasulullah (SAW) dalam hadis Baginda.
Terdapat beberapa hukum dari salam ini mulai dari wajib, sunat, makruh, haram dan mubah yang kesemuanya berbeza dari segi pelaku, keadaan, tempat dan sebab lainnya.
Wajib - Ini adalah asal hukum dalam menjawab salam, baik antara dua orang, mahupun secara jama'ah.
Sunat - Ini adalah asal hukum dari memulakan salam, baik secara pertemuan umum, sesama Muslim, baik antara dua orang mahupun secara jama'ah.
Makruh - Jika mengucapkan salam pada orang yang sedang solat, berada di bilik mandi atau kepada orang yang sedang tidur.
Haram - Jika mengucap atau menjawab salam kepada orang kafir.
Mubah - Jika perempuan tua yang tidak menimbulkan fitnah (kerana kecantikannya) mengucap salam kepada lelaki.
Mengucap atau menjawab salam antara lelaki dan perempuan cantik yang mampu menimbulkan fitnah maka tidak dibolehkan.
(Sumber rangkuman dari kitab Al-Azkar An-Nawawi, bab Salam dan Isti'zan)
Menjawab "Kiriman Salam"
Ucapan kirim salam sering kita dengar dalam kehidupan seharian kita. Mungkin kita mendapat kiriman salam atau kita sendiri yang dititipkan salam, baik secara langsung atau melalui surat, SMS atau medium lainnya.
Terinspirasi dari hal tersebut, saya cuba untuk mengulas bagaimana cara yang seharusnya titipan salam itu dijawab dari seseorang.
Sebagai rujukan atas masalah tersebut kitab Al-Azkar An-Nawawi ada menjelaskan persoalan ini berserta dalil.

وروينا في سنن أبي داود عن غالب القطان عن رجل قال: حدثني أبي عن جدي، قال: بَعَثَنِي أَبِي إِلَى رَسُوْلِ الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: اِئْتِهِ فَأَقْرِئْهُ السَّلامَ، قَالَ: فَأَتَيْتُهُ فَقُلْتُ : إنَّ أَبِي يُقْرِئُكَ السَّلاَمَ، فَقَالَ : عَلَيْكَ وَعَلَى أَبِيْكَ السَّلاَمُ.

Diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud, dari Ghalib Al-Qathan, dari seorang yang berkata, "Ayahku telah memberitahuku dari datukku, dia berkata": "Ayahku mengutuskan kepada Baginda Rasulullah (SAW) dan berkata": "Temui lah Rasulullah (SAW) dan sampaikan untuknya salam. Maka aku mendatangi Baginda Rasulullah (SAW) dan berkata": "Sesungguhnya ayahmu telah menyampaikan salam untukmu.", maka jawab Baginda Rasulullah: "Alaika wa-'ala abika as-salam (semoga keselamatan atas mu dan ayahmu)"
"Wa-Alaikum as-salam"
Ini adalah jawapan kita jika seseorang mengucapkan salam kepada kita.
Jika kita membalas "wa-alaikum us-salam" kepada salam yang dititipkan, kita hanya mendoakan orang yang menitipkan titipan salam itu, tetapi tidak kepada yang menyampaikannya.
Cara-cara menjawab titipan salam disertakan di bawah dengan berbeza penitip dan penyampai antara lelaki mahupun perempuan.
Penitip perempuan dan penyampai lelaki - "Wa-'alaiki wa-'alaih is-salam" (Dan untukmu [perempuan] dan untuknya [lelaki] keselamatan)
Penitip lelaki dan penyampai perempuan - "Wa-'alaika wa-'alaih as-salam" (Dan untukmu [lelaki] dan untuknya [perempuan] keselamatan).
Perbezaan dari jawapan di atas terletak pada dasar akhir kata yang menunjukkan jantina.
Ka - kamu (lelaki)
Ki - kamu (perempuan)
Hi - dia (lelaki)
Ha - dia (perempuan)
Dari kedua contoh di atas terdapat perbezaan dari penitip mahupun pengucap salam. Maka cara menjawabnya menjadi berbeza menurut kaedah tatabahasa Bahasa Arab.
Pengucap salam lelaki dan penitip salam lelaki - "Wa-'alaika wa-'alaih is-salam"
Pengucap salam lelaki dan penitip perempuan - "Wa-'alaika wa-'alaih as-salam"
Pengucap salam perempuan dan penitip perempuan - "Wa-'alaiki wa-'alaih as-salam
Pengucap salam perempuan dan penitip lelaki - "Wa-'alaiki wa-'alaih is-salam"
Pengucap salam lelaki dan penitip lebih seorang - "Wa-'alaika wa-'alahim us-salam"
Pengucap salam perempuan dan penitip lebih seorang - "Wa-'alaiki wa-'alaihim us-salam"
Ini adalah jawapan titipan salam menurut tatabahasa Bahasa Arab yang mudah-mudahan bermanfaat bagi kita demi kesempurnaan Syiar Islam terutama dalam menyebarkan salam.
Segala kebenaran datangnya dari Allah (SWT) dan kesalahan berasal dari al-fakir kerana minimanya pengetahuan.

والله الموفق وأعلم بالصواب
Allah lah yang memberi taufiq dan lebih mengetahui akan kebenaran

Ilmu dunia Vs Ilmu Akhirat

bissmillahirahmannirahim .

Fenomena yang terjadi dan menjadi hal lumrah di masyarakat “kau kat sekolah mesti kena dapat no1 !
”, Bagaimanapun caranya Anak harus sekolah setinggi tinggi nya, sampai sampai mak ayah rela memutar otak hingga kaki di kepala atau sebaliknya kepala dikaki. Tujuan akhirnya adalah rasa bangga jika anak yang disekolakan itu berjaya di kehidupan dunianya menjadi bakal Docter, Manager, Diplomat. Menteri dan Pimpinan cabang atau pun jawatan2 yang tinggi .
Kemilau dunia telah melupakan kita akan hakikat hidup hingga kita hanya memikirkan bagaimana kejayaan di kehidupan dunia ini,

Allah berfirman :
"Tidaklah Kuciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. adz-Dzariyat: 56)
tanggugjawab ibuu bapa untuk mengajar anak mereka tentang agama juga menyerahkan pendidikan agama hanya kepada guru agama disekolah atau pun guru ngaji yang hanya datang seminggu sekali, bandingkan perhatian mereka akan pendidikan dunianya, dari hari senin hingga sabtu mereka bersekolah ditambah lagi setiap pulang sekolah ditambah dgn belajar b.inggris, math, IPA, IPS, Komputer dengan berbagai alasan kalau tidak perstasi di sekolahnya akan merosot
Sungguh tenat melihat fenomena yang terjadi, mempelajari ilmu agama terlalu dijauhkan , terlalu di abaikan ..sedangkan ilmu tersebut , amat di perlukan ..untuk bangkitka balik agama yang sedia ada ini .. yang dulunya dipandang tinggi pada agama2 yang lain ..dan pada zaman kehncuran ini .. agama juga kian menghilang ..Allah ... 
Lihatlah bagaimana agama ini meninggikan ilmu akhirat dari pada ilmu dunia
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman yang artinya:
“Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia, sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.” (QS. Ar Rum:7)
Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Umumnya manusia tidak memiliki ilmu melainkan ilmu duniawi. Memang mereka maju dalam bidang usaha, akan tetapi hati mereka tertutup, tidak bisa mempelajari ilmu dienul Islam untuk kebahagiaan akhirat mereka.” (Tafsir Ibnu Katsir 3/428)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Sesungguhnya Allah membenci setiap orang yang pandai dalam urusan dunia namun bodoh dalam urusan akhiratnya.” (Shahih Jami’ Ash Shaghir)
Banyak kita lihat orang ahli dalam segala bidang dunianya tetapi ketika ditanya tentang masalah akhiratnya mereka diam membisu karena kebodohan mereka.
Begitu banyak ayat ayat dari alquran dan hadist hadist nabi yang menjelaskan kedudukan ilmu akhirat lebih utama dan terutama dari ilmu dunia.
Bukan kita meninggalkan ilmu dunia, jika ilmu dunia itu mempunyai kemashalatan untuk umat, seperti kedokteran, pertanian, teknologi , dan lain sebagainya kita harus mengejar ilmu itu tetapi haruslah ilmu akhirat kita utamakan.
biar bodoh ilmu dunia .jangan ilmu agama .
muhasabah balik .


ingat balik tujuan Allah hadirkan kita di dunia ini .

KENAPA KITA BERBEZA FAHAMAN?

Suatu hari, dalam majlis seorang Ulama, seorang pemuda telah bangun bertanya, "Maulana, saya nak tanya. Kita semua, umat Islam seluruh dunia membaca al Quran yang sama. Tapi, kenapa fahaman kita lain-lain?"

Jawab Ulama itu, "Kamu dah kahwin atau belum?"

"Belum."

"Oh, kalau belum, susah sikit la saya nak terangkan. Tapi takpa. Saya akan gunakan tamsilan yang paling mudah."

Penerangannya seperti ini:

Katakan kita adalah seorang suami. Apabila kita balik rumah, kita pun bagitau kat isteri kita, "Sayang, nak air."
Maka, isteri kita bawakan kepada kita air minuman.

Keesokan hari, kita nak basuh kereta. Kita pun kata kat isteri kita, "Sayang, nak air."

Isteri kita pun bawa air berserta sabun.

Hari yang lainnya, kita nak masuk jamban tapi air tiada dalam jamban. Jadi terpaksa bawa air dari luar. Kita pun bagitau kat isteri kita, "Sayang, nak air."

Isteri kita pun bawakan kepada kita air paip yang suci di dalam baldi.

Soalannya, kita menggunakan ayat yang sama tapi kenapa isteri kita bawa air yang tidak sama? Ada air minum, ada air sabun, ada air mutlak. Kenapa?

Sebab, fahaman isteri kita ikut keadaan dan suasana.

Maka, begitulah dengan fahaman terhadap Al Quran, mengikut suasana orang tersebut.

  • Orang politik, akan faham Al Quran mengikut fahaman politiknya.
  • Orang bisnes akan faham Al Quran dan sesuaikan dengan bisnes dia.
  • Orang ISIS akan faham Al Quran ikut takrif jihad dia.
  • Orang sains akan faham Al Quran dan kaitkan dengan sains dia.
  • Orang matematik akan sibuk mengira huruf Al Quran.
  • Orang teori konspirasi akan sesuaikan Al Quran ikut teorinya.

Dan macam-macam lagi.

"Jadi, fahaman manakah yang betul?" soal pemuda tadi.
"Nak faham Al Quran dengan cara yang betul, kita kena duduk dalam suasana sebagaimana Al Quran itu diturunkan iaitu suasana zaman Nabi dan para Sahabat."
Jadi, bagaimana kita nak hidupkan suasana pada zaman Nabi dan Sahabat?
"Kena buat Dakwah la. Buat usaha Nabi. Buat kerja kenabian. Apa yang Nabi buat, kita buat. Apa yang Sahabat buat, kita buat. Barulah suasana tu hidup. Barulah kefahaman yang sebenar akan datang".

Thursday 18 February 2016

Formula menjemput Rezeki

Assalamualaikum sahabat...

Formula menjemput Rezeki:

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..


2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..


3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..


4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..


5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..


6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..


7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..


8. SOLAT AWAL WAKTU Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..


9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana..


10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.


4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:
Minumlah air masak 3 liter sehari.
BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH..
Wallaahua'lam..

💟Asmaul Husna💟

No. | Nama | Arab | Maksud


1   al-Rahman  الرحمن  Maha Pengasih
2   al-Rahim  الرحيم  Maha Penyayang
3   al-Malik  الملك  Maha Merajai/Memerintah
4   al-Quddus  القدوس  Maha Suci
5   al-Salam  السلام  Maha Memberi Kesejahteraan
6   al-Mukmin  المؤمن  Yang Memberi Keamanan
7   al-Muhaimin  المهيمن  Maha Pemelihara
8   al-Aziz  العزيز  Maha Gagah
9   al-Jabbar  الجبار  Maha Perkasa
10  al-Mutakabbir  المتكبر  Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11  al-Khaliq  الخالق  Maha Pencipta
12  al-Barik  البارئ  Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13  al-Musawwir  المصور  Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
14  al-Ghaffar  الغفار  Maha Pengampun
15  al-Qahhar  القهار  Yang Memaksa
16  al-Wahhab  الوهاب  Maha Pemberi Kurnia
17  al-Razzaq  الرزاق  Maha Pemberi Rejeki
18  al-Fattah  الفتاح  Maha Pembuka Rahmat
19  al-Alim  العليم  Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20  al-Qabid  القابض  Yang Menyempitkan (makhluknya)
21  al-Basit  الباسط  Yang Melapangkan (makhluknya)
22  al-Khafid  الخافض  Yang Merendahkan (makhluknya)
23  al-Rafik  الرافع  Yang Meninggikan (makhluknya)
24  al-Muiz  المعز  Yang Memuliakan (makhluknya)
25  al-Muzil  المذل  Yang Menghinakan (makhluknya)
26  al-Samik  السميع  Maha Mendengar
27  al-Basir  البصير  Maha Melihat
28  al-Hakam  الحكم  Maha Menetapkan
29  al-Adl  العدل  Maha Adil
30  al-Latif  اللطيف  Maha Lembut
31  al-Khabir  الخبير  Maha Mengetahui Rahasia
32  al-Halim  الحليم  Maha Penyantun
33  al-Azim  العظيم  Maha Agung
34  al-Ghafur  الغفور  Maha Pengampun
35  al-Syakur  الشكور  Maha Pembalas Budi (Menghargai)
36  al-Ali  العلى  Maha Tinggi
37  al-Kabir  الكبير  Maha Besar
38  al-Hafiz  الحفيظ  Maha Menjaga
39  al-Muqit  المقيت  Maha Pemberi Kecukupan
40  al-Hasib  الحسيب  Maha Membuat Perhitungan
41  al-Jalil  الجليل  Maha Mulia
42  al-Karim  الكريم  Maha Pemurah
43  al-Raqib  الرقيب  Maha Mengawasi
44  al-Mujib  المجيب  Maha Mengabulkan
45  al-Wasik  الواسع  Maha Luas
46  al-Hakim  الحكيم  Maka Bijaksana
47  al-Wadud  الودود  Maha Pencinta
48  al-Majid  المجيد  Maha Mulia
49  al-Bais  الباعث  Maha Membangkitkan
50  al-Syahid  الشهيد  Maha Menyaksikan
51  al-Haq  الحق  Maha Benar
52  al-Wakil  الوكيل  Maha Memelihara
53  al-Qawi  القوى  Maha Kuat
54  al-Matin  المتين  Maha Teguh
55  al-Wali  الولى  Maha Melindungi
56  al-Hamid  الحميد  Maha Terpuji
57  al Muhsi  المحصى  Maha Menghitung
58  al-Mubdik  المبدئ  Maha Memulai
59  al-Muid  المعيد  Maha Mengembalikan Kehidupan
60  al-Muhyi  المحيى  Maha Menghidupkan
61  al-Mumit  المميت  Maha Mematikan
62  al-Hai  الحي  Maha Hidup
63  al-Qayyum  القيوم  Maha Mandiri
64  al-Wajid  الواجد  Maha Penemu
65  al-Majid  الماجد  Maha Mulia
66  al-Wahid  الواحد  Maha Esa
67  al-Ahad  الاحد  Maha Esa
68  al-Samad  الصمد  Tempat Meminta
69  al-Qadir  القادر  Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70  al-Muqtadir  المقتدر  Maha Berkuasa
71  al-Muqaddim  المقدم  Maha Mendahulukan
72  al-Muakhir  المؤخر  Maha Mengakhirkan
73  al-Awwal  الأول  Maha Awal
74  al-Akhir  الأخر  Maha Akhir
75  al-Zahir  الظاهر  Maha Nyata
76  al-Batin  الباطن  Maha Ghaib
77  al-Wali  الوالي  Maha Memerintah
78  al-Mutaali  المتعالي  Maha Tinggi
79  al-Bar  البر  Maha Penderma
80  al-Tawwab  التواب  Maha Penerima Taubat
81  al-Muntaqim  المنتقم  Maha Penyiksa
82  al-Afu  العفو  Maha Pemaaf
83  al-Rauf  الرؤوف  Maha Pengasih
84  Malik al-Mulk  مالك الملك  Penguasa Kerajaan (Semesta)
85  Zu al-Jalal wa al-Ikram  ذو الجلال و الإكرام Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86  al-Muqsit  المقسط  Maha Adil  

87  al-Jamik الجامع  Maha Mengumpulkan
88  al-Ghani  الغنى  Maha Berkecukupan
89  al-Mughni  المغنى  Maha Memberi Kekayaan
90  al-Manik  المانع  Maha Mencegah
91  al-Dar  الضار  Maha Memberi Derita
92  al-Nafik  النافع  Maha Memberi Manfaat
93  al-Nur  النور  Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94  al-Hadi  الهادئ  Maha Pemberi Petunjuk  

95  al-Badik  البديع  Maha Pencipta
96  al-Baqi  الباقي  Maha Kekal
97  al-Waris  الوارث  Maha Pewaris
98  al-Rasyid  الرشيد  Maha Pandai
99  al-Sabur  الصبور  Maha Sabar