Monday, 22 February 2016

CINTA KERANA ALLAH

Takdir kadang-kadang..... 
Mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang
Memberi apa yang tidak dirancang
Memaksa kita mengalirkan airmata kesedihan 
serta membuatkan kita rasa kehilangan
Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan
Menyulam erti kasih sayang
Menanam erti persahabatan
Menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan
Menyemai benih keakraban
serta memberi peluang menilai
siapa SAHABAT siapa KAWAN
dan siapa sekadar KENALAN
yang mengisi ruang dalam episod kehidupan kita....
Kadang-kadang Allah swt hantar orang baik dekat kita, sebab kita tak cukup baik......dan kadang-kadang Allah swt tarik mereka semua, sebab Allah swt nak lihat; kita ni jadi baik sebab Allah swt ....atau sebab manusia.....

Ingat.....
Ukhuwwah itu indah jika ianya kerana Allah swt....
insya Allah.
“Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan setelah aku mati. Kuhulurkan tanganku kepada sahabatku untuk bersamaku kerana aku merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia kepadanya.”

Persahabatan Itu Seperti Tangan Dengan Mata. Saat Terluka Mata Menangis, Saat Mata Menangis Tangan Menghapusnya.
(Imam Shafie)

No comments:

Post a Comment